
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
@cprckkm
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia.
Open in Telegram
Channel
Subscribers
4.6K
Current member count
Type
Channel
Telegram channel
Global Rank
#296
Directory ranking
Live Channel Feed
View on Telegram
Saksikan temu bual bersama Datin Dr. Harishah Talib, Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Ketua Sektor Kecemasan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, hari ini.
Platform: BERNAMA TV
Tarikh: 20 November 2026 (Jumaat)
Masa: 4.00 petang
Topik: Ebola: Ancaman Kesihatan Rentas Sempadan, Uji Kesiapsiagaan Negara
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Nov 20, 07:56 AM
23.6K

BERSIAP SIAGA MENGHADAPI BANJIR
Monsun Timur Laut membawa risiko hujan berterusan dan kejadian banjir di beberapa kawasan. Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah persediaan awal bagi melindungi diri serta keluarga.
Antara persediaan dan tindakan yang perlu dilakukan semasa banjir:
Sentiasa peka dengan amaran hujan berterusan dan kejadian air pasang besar.
Ikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Berpindah lebih awal ke tempat selamat sebelum laluan terputus sekiranya kawasan kediaman dinaiki air.
Sediakan bekalan ubat-ubatan, dokumen penting dan keperluan asas.
Utamakan keselamatan diri dan keluarga dan sentiasa peka dengan amaran serta arahan pihak berkuasa.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Nov 13, 01:16 AM
40.9K

đđđđđđđđđđ đđđđđ - đđŽđđŤđđ§đđ˘đ§ đđđĽđđŠđđŹ đđđĽđđ°đđ đđĄđđ˘đĽđđ§đ
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa hantaran tular berhubung arahan kuarantin di rumah selama seminggu bagi individu yang melawat Thailand, susulan dakwaan penularan varian baharu COVID-19 âPJ.2.1â, adalah đđđđđ.
KKM tidak pernah mengeluarkan pengumuman berkenaan.
Untuk makluman, perintah kuarantin semasa ketibaan bagi pengembara yang memasuki Malaysia telah dimansuhkan sejak 1 Ogos 2022, dan tiada sebarang arahan baharu dikeluarkan berhubung perkara ini.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Sebarang makluman rasmi berhubung kesihatan awam hanya akan dikongsikan menerusi saluran rasmi KKM đ˛đž
â
Semak sebelum kongsi: www.moh.gov.my | sebenarnya.my
#KKMPrihatin #TolakBeritaPalsu #SihatBersama #MalaysiaMADANI
Nov 11, 10:22 AM
34.2K
https://www.facebook.com/share/p/1FUmgfUq9k/
Nov 9, 10:26 AM
29.8K

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Kesiapsiagaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Kesiapsiagaan Menghadapi Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027
Nov 9, 10:26 AM
28.3K
Safety & Compliance Disclaimer
TelePilot Pro is not affiliated with Telegram. Listings are based on publicly available community information. We index public groups, channels, and bots only. No private user data, phone numbers, or locked session files are stored or displayed.
TelePilot Pro Automation
Scale Your Telegram Community Faster
Join thousands of marketers using TelePilot Pro to bulk message, scrape targeted members, and manage groups on autopilot. Outperform competitors with our 40+ professional automation tools.